KEPERLUAN KUCING UNTUK TIDUR
Secara umumnya kucing akan tidur lebih kurang 16 jam sehari bermakna ia
akan menghabiskan 2/3 hayatnya untuk tidur. Gaya hidup kucing yang
memburu menyebabkan berlakunya corak seperti ini. Buruan kegemaran
mereka iaitu tikus hanya aktif pada waktu subuh dan senja, menyebabkan
waktu di antara subuh dan senja itu dihabiskan untuk berehat.
Walaupun begitu,kucing tidak akan tidur 16 jam secara berturut-turut tetapi akan lelap secara berkala yang dipanggil sebagai catnaps.
Walaupun
kucing itu lena dalam tidurnya, dia masih waspada pada persekitaran.
Telinga kucing akan menyentak bertindakbalas terhadap bunyi dan walaupun
dengan ada pergerakan yang sedikit pada sekitarnya, ia akan serta-merta
bangun. Jika gangguan itu tidak memberi ancaman, kucing akan menyambung
tidurnya dan terus lena serta-merta.
Kecenderungan
kucing untuk aktif pada awal pagi dan senja boleh menyebabkan kesusahan
pada pemiliknya. Terutamanya jika kucing tersebut berjaga sepanjang
malam menyelongkar isi rumah atau membuat riuh rendah pada pukul 5 pagi.
Kaedah yang terbaik adalah dengan meletihkan kucing tersebut dengan
bermain dengannya pada waktu siang. Ini akan membantunya untuk tidur
sepanjang malam.
No comments:
Post a Comment