Thursday, 11 October 2012

PENJAGAAN KUCING TERSAYANG


kalau sebagai permulaan mungkin boleh beli kucing yang jenis berbulu pendek. lebih senang jaga berbanding kucing yang berbulu panjang. kucing yang berbulu panjang ni perlu extra penjagaan. hari2 kene berus/sikat bulu kucing kalau tidak bulu2 tu akan berpintal. bila berpintal bulu tu akan tarik kulit kucing , nanti sakit pulak dorang kan. paling teruk bila jadi macam tu kene gunting terus bulunya atau kalau dah nak gunting pun susah kene cukur terus lagi kesian kan.

lagi satu kucing suka jilat bulu untuk berkemas kan, bila dia jilat bulu akan masuk dalam perut dan terhasil hairball. kalau kita jarang berus bulu kucing, maka banyak lah bulu2 yang akan masuk dalam perut nanti jadi hairball kesian kucing tu. bila kita berus, bulu2 yang nak cucur akan tersangkut pada berus so kalau kita berus selalu takde lah bila kita pegang kucing tu ada bulu dia tertanggal kat tangan kita kan. bulu yang sangkut pada berus kita boleh buang.

lagi satu kalau perasan, kucing suka makan sejenis rumput kan, tu sebenarnya untuk nak muntahkan hairball. kalau bela kucing indoor, boleh beli biji benih rumput di petshop, dan balik tanam. kalau tak nak tanam rumput boleh kasi laxatone untuk memuntahkan hairball. kalau boleh sejak kucing tu kecik lagi ajar dia untuk diberus, kalau dah besar baru nak berus setengah kucing tak suka.

kucing yang berbulu panjang ni kadang2 kita kene trim bulu dia jugak. contohnya di sekitar private part supaya bila dia buang air kecik/besar takde najis yang terlekat. salah satu dari kucing Aisyah tu bulu dia extra panjang, memang saya trim skit ekokr dia dua bulan sekali. :-)

No comments:

Post a Comment