Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah
menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia
menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu
dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang
antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang
yang menggunakan fikiran.”
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik
untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang
mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam
hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta
itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat
membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta
sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas
perkahwinan.
No comments:
Post a Comment