Merawat Kucing Yang Terkena Jangkitan Kutu(KUTU KUCING)
Untuk Merawat Kucing Anda yang Terkena Kutu:
Ada
banyak dipasaran dan berbagai jenis. Gambar disebelah adalah salah satu
contoh syampu anti kutu kucing. Hal ini hendaklah dilakukan dengan
memandikan kucing anda didalam tab mandi atau bilik air kecil dengan air
yang banyak dan sabun. Tetapi berhati-hati bahawa sabun dan air tidak
boleh terkena mata kucing anda. Boleh dikatakan 90-95% kucing bencikan
air. Inikan pula dimandikan, ini akan menyukarkan anda kerana anda akan
di kungfu oleh kucing anda disebabkan kaedah ini. Tetapi dapat diatasi
dengan memandikan kucing anda secara berhati-hati dan lembut. Nantikan
huraian Cara Mandian Kucing dibawah tajuk Kucing dan Spa tak lama lagi.
2.
Ada juga kaedah lain untuk memberikan kucing mandian kering(dry bath).
Dengan kaedah ini anda memerlukan sejenis syampu kucing khas, syampu
yang tidak melibatkan penggunaan air. Anda perlu dapatkan nasihat
veterinar atau pakar sebelum menggunakan kaedah ini.
3.
Pastikan anda membeli semburan(spray) kutu kucing dan kawalan kutu.
Perkara ini perlu untuk mengelakkan kutu kembali semula kepada kucing
anda. Frontline untuk kutu badan dan Troy Ear Canker untuk kutu telinga
adalah kegemaran peribadi teman.
4. Dua hari selepas menggunakan semburan Frontline, pastikan anda menyikat kucing anda menggunakan sikat yang betul untuk menanggalkan kutu-kutu yang mati. Periksa bulu kucing anda setiap beberapa hari untuk memastikan para sang kutu hilang. Tetapi jika anda melihat masih ada kutu, kuarantin haiwan kesayangan anda, dan mulakan seluruh proses dari mula semula.
No comments:
Post a Comment